11.7.11

Bokeh

Disediakan oleh ndai
Kategori - ,

IMG_0417

Sempena menyambut hari Keputeraan Baginda Sultan yang ke 65 Bandar Seri Begawan dimandikan dengan cahaya lampu cucul. Orang ramai tidak sabar untuk menantikan hari Perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Semalam aku turun ke Bandar Seri Begawan teringin untuk menghasilkan gambar dengan latar belakang ‘Bokeh’. Selalunya ‘Bokeh’ berbentuk bulat kali ini aku ingin mencuba bentuk ‘Crumpler’ seperti gambar diatas. Disini aku ingin berkongsi bagaimana aku menghasilkan bentuk tersebut.

Apa yang diperlukan:

1. Lens yang mempunyai aperture yang besar F1.8 atau lebih bagus menggunakan F1.4

2. Lens hood.

3. Kertas berwarna hitam

Langkah pertama lukis pada kertas hitam jenis bentuk yang biskita suka dan guntingkan bentuk tersebut seperti gambar dibawah. Besar bentuk tertakluk dengan aperture lens, untuk mengetahui lihat pada viewfinder dan adjust bentuk jika ianya terlalu kecil.

 IMG_0572 

Seterusnya lekat pada lens hood menggunakan velcro atau perekat plastik. Aku menggunakan velcro agar ianya dapat dibuka jika aku tidak menggunakannya.

IMG_0564

IMG_0565

IMG_0569

Sesudah selesai letakkan lens hood pada lens dan hasilnya seperti gambar dibawah.

IMG_0575

Bentuk tertakluk kepada kreativiti biskita dan jika mempunyai banyak masa boleh lagi dibisaikan supaya ianya kelihatan seperti dari kedai hohoho..selamat mencuba.

31.5.11

Jubli Emas ABDB

Disediakan oleh ndai
Kategori -

hut50_banner_website

Kami daripada bekas Askar Muda dari pengambilan ke 20 ingin mengucapkan selamat menyambut Jubli Emas kepada warga Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei. Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam.

11.5.11

Selamat Harijadi G-Nash

Disediakan oleh Saiful


All prayers goes to you my friend. Arrr... Eh bukan lanun kah? Sorry pak Juragan, saya khilaf. Selamat harijadi kepada G-Nash. Semoga panjang umur, murah rezeki, ditingkatkan amal ibadat serta berbahagia disamping keluarga yang dicintai. Amin Ya Rabbal Alamin.

9.5.11

Selamat Harijadi Titah

Disediakan oleh Saiful


Hari ini adalah hari ulangtahun bagi si Titah. Kami mendoakan agar si Titah sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki, ditingkatkan amal ibadat dan berbahagia disamping keluarga yang tercinta. Dan moga bertambah lagi cahayamata. Amin Ya Rabbal Alamin. Usaha lagi skot. Janam din mere sathi!

7.5.11

Selamat Hari Jadi Cobain

Disediakan oleh Saiful


Selamat menyambut hari ulangtahun yang ke 29 kepada Ak Ali Putra Perkasa a.k.a. Cobain a.k.a. Kubin. Semoga tahun ini menjadi tahun yang bermakna dan kami mendoakan semoga murah rezeki, panjang umur, ditingkatkan amal ibadat, sihatwa'afiat dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala disamping isteri yang tercinta. Dan juga harap-harap tahun ini juga si Kubin dapat gelaran Ngian, Amin Ya Rabbal Alamin.

11.2.11

Kenaikan Pangkat Xboys20 Tahun 2011

Disediakan oleh Xboys20

Allhamdullilah berkat kesabaran dan usaha gigih kenaikan pangkat Pemangku KPL bagi ahli xboys20 pada tahun 2011 terdiri daripada Aziz dan Hj Zul pada 17 Disember 2010. Dengan kenaikkan pangkat tersebut akan mendorong mereka untuk memberikan khidmat yang tidak terhingga dalam menjalankan tugas seharian. Tahniah diucapkan kepada Aziz dan Hj Zul..

Dan tidak lupa kepada Ezwan Tahaniah mendapat KPL Tetep

STATISTIK PANGKAT BAGI AHLI XBOYS20 (FEB 2011)

Pangkat Jumlah
SJN 2
KPL 19
LKPL 2
SLD 0
Bersara 1