17.11.09

Kenaikan Pangkat Pemangku SJN

Disediakan oleh ndai

 

Tahniah..Tahniah..Tahniah orang pertama daripada ahli X-Boys 20 dinaikkan ke pangkat pemangku Sarjan iaitu si-syahman. Memang dari dulu lagi si-syahman menjadi orang pertama yang dinaikkan pangkat. Mungkin sudah rezekinya lagipun dari segi pekerjaan dan disiplin memang si-syahman tidak mempunyai masalah kecuali lamah badannya andang tabiat dari dulu lagi. Sudah masuk 10 tahun ahli X-Boys 20 dalam perkhidmatan masing-masing sudah mempunyai pencapaian yang amat bagus. Apa yang penting dalam diri kita semasa bertugas adalah berhati mulia dalam melaksanankan tugas tanpa mengharapkan balasan dari orang. Tahniah man…

Kenaikan Pangkat KPL Tetap

Tidak lupa diucapkan kepada si-cheeko dan si-din yang telah dinaikan ke pangkat KPL tetap. Setapak lagi bekerja lebih keras akan mengikutlah jejak si-syahman. Teruskan perjuangan kamu dua orang skut. Disabut saja pasal kenaikan tetap pertama sekali orang akan cakap “sampat bonus tu eh”. Mungkin ini satu keistimewaan yang telah diberikan kepada kita yang sedang berkhidmat. Pada yang lain jangan susah hati rezeki kamu akan diberikan walaupun bukan masa ini tetapi esuk lusa siapa yang tahu. Kuatkan semangat patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan sanggup menerima teguran dan nasihat.

16.11.09

Kursus OmniSwitch & Firewall

Disediakan oleh ndai

Selepas sahaja menghadiri kursus OmniAccess WLAN disambung dengan kursus Alcatel Lucent OmniSwitch dan modul terakhir VPN Firewall Brick. Kursus berjalan selama 2 minggu yang dikendalikan oleh Alcatel Lucent sendiri dan didatangkan seorang jurulatih daripada negara Indonesia yang telah menjadi PR di Singapura. Memang tidak sia-sia selama menghadiri kursus ini, banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi daripada beliau. Cara konfigurasi switch ini memang berbeza daripada switch yang lain antaranya ialah CLI (command line interface) seperti command unix dan cara lain untuk konfigurasi adalah mengunakan Web-based bagi orang yang tidak suka dengan CLI. Begitu juga dengan Firewall Brick kecanggihannya memang tidak dapat dikata lagi, cara menapisan sekuritinya memang hebat. Kursus sudah selesai masanya untuk melaksanakan tugas seperti biasa. Harap apa yang dipelajari akan dapat dilaksanakan kepada sistem yang akan digunakan dalam masa terdekat ini, walaupun terlalu banyak cara untuk konfigurasi dengan adanya buku dapat menjadi satu panduan.

Readmore…

15.11.09

New Moon Trailer (Official)

Disediakan oleh ndai
Kategori - ,

14.11.09

Swift D-Drive

Disediakan oleh ndai
13.11.09

Apan @ Abu Dhabi

Disediakan oleh ndai

apanuae

Selama 7 minggu si-apan berada di Abu Dhabi, UAE akhirnya si-apan lulus dalam ujiannya baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan kami amat bangga dengan skut kami sorang ani memandai walaupun badan damit tapi utak mahu tahu*anak cigu kali ha buleh..* Mungkin hampir setahun si-apan berkerja dengan Schlumberger dan kali ini beliau mencuba untuk berkerja diluar negeri iaitu di Abd Dhabi. Untuk mendapat kerja diluar bukannya semudah yang kita sangkakan ianya melalui process yang banyak seperti ujian tulis dan juga temuduga. Bekerja di negeri orang banyak dugaannya tambahan lagi orang yang baru bertunang, rindu dengan famili dan rindu pada tunang tersayang. Ada satu lagi peperiksaan akan dihadapi oleh si-apan, kami doakan semoga lulus dalam peperiksaannya.

p/s: kata si-apan mun ia pass ia belanja kitane seintek..jadinya tinggalkan komen untuk memilih tempat. Terima kasih yapan..

Readmore…

11.11.09

Ahad’s Burger

Disediakan oleh ndai

ahadburger Foto diambil dari Ahad’s Burger fan di Facebook

Gempa bumi yang telah melanda beberapa kawasan di Indonesia dan kejadian ribut Tropika Ketsana yang melanda di Filipina baru-baru ini yang telah menyebabkan beribu orang terkorban dan kehilangan tempat tinggal. Dengan itu pesta makanan segera diadakan bermula hari ini hingga 21hb November 2009 bertempat kawasan lapang di Univerisiti Brunei Darussalam. Mungkin ramai sudah tahu mengenai burger buatan orang tempatan kita iaitu Ahad’s Burger yang menjadi sebutan dan ada yang terkarih turun ke Kuala Belait semata-mata untuk membeli burger ini. Aku baru 2 kali merasa burger ini rasanya lain daripada burger yang pernah ku makan. Ermmm sehingga menjilat jari..tidak perlu dibubuh sos cili kerana memang sudah dibubuh dengan sos buatan sendiri. Kepada penggemar burger atau yang belum merasa biskita berpeluang untuk membelinya kerana mereka ikut serta pesta makanan segera di Universiti Brunei Darussalam.

Gerai Ahad’s Burger berada di depan pintu ETC dekat letak kereta, datanglah beramai-ramai.

Info gerai hari Isnin hingga Khamis bermula 0830 pagi hingga 0530 petang. hari Jumaat dan Sabtu bermula 0830 pagi hingga 0430 petang.

Orang ramai yang berhasrat untuk menderma melalui SMS bolehlah menaip BANTU (tanpa jarak) dan menaip jumlah yang dikehendaki iaitu 1, 5, 10, 15 atau 20 sebagai contoh BANTU20 (bagi derma berjumlah BND20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan B-Mobile atau melalui Wap Portal. Kutipan derma melalui SMS ini sehingga 30 November 2009.